Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar lawat pameran seni KIGS

    Oleh Lyna Mohamad

    Gambar oleh Hardy AJ

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Sekumpulan 19 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar, Temburong telah mengadakan lawatan ke Pameran Seni Identiti di Galeri Seni, Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (KIGS), Kiulap.

    Diiringi tiga orang guru pengawas, rombongan tersebut dialu-alukan oleh penganjur kesenian, Dayang Norafillah binti Amin dan Awang Hadi Rosli yang merupakan guru di kolej berkenaan.

    Dengan objektif untuk melihat bagaimana kreativiti dalam seni dapat digunakan untuk mempromosikan identiti berkaitan dengan tujuh etnik di Brunei menerusi pameran seni, para pelawat berkenaan juga berpeluang untuk mempelajari kursus-kursus yang ditawarkan oleh kolej berkenaan terutamanya d alam pengajian kreatif seperti seni dan rekaan, multimedia, penyiaran dan sebagainya.

    Guru pengawas rombongan pelajar Sekolah Menengah Sultan Hassan, dan penganjur kesenian bergambar ramai semasa lawatan pelajar ke pameran seni KIGS.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda