Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar LIS pamer kreativiti di persidangan CBL

    LABUAN, 10 MEI – Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) telah menganjurkan Persidangan Pembelajaran Berasaskan Cabaran (CBL) tahunannya di mana 250 pelajar telah menyertai program inovasi yang mempamerkan penyelesaian kreatif mereka terhadap isu semasa dan alam sekitar.

    Enam inovasi menonjol telah muncul daripada persidangan itu dan bersedia untuk bersaing di peringkat kebangsaan.

    Pengetua LIS, Fadlin Aimuni memuji kebijaksanaan pelajar-pelajar sambil menyatakan bahawa enam inovasi telah dianugerahkan penghormatan utama daripada 25 penyertaan.

    Inovasi-inovasi yang akan menyertai pertandingan peringkat kebangsaan (Anugerah Cabaran Terbaik Tiga Teratas Utama) ialah Mini Maths, jam yang direka untuk pelajar tadika mempelajari matematik; Sugar Guide Box, kotak yang mendidik kanak-kanak tentang penggunaan gula, dan kit pengajaran (Pulley-18) untuk kanak-kanak belajar kaedah campur dan tolak.

    Manakala bagi Anugerah Cabaran Terbaik Tiga Teratas bagi sekolah menengah yang akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan pula ialah SOLDE, detergen pembersih mesra alam; Periodic Pair-Up (PPU), alat gamifikasi untuk pelajar tentang Jadual Berkala, dan BALECO, bekas terbiodegradasi diperbuat daripada daun pisang. – Bernama

    Fadlin Aimuni bersama semua pemenang dan sebahagian peserta pertandingan CBL di Auditorium LIS, Sekolah Antarabangsa Labuan, Labuan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda