Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar Malaysia mahu kembali ke Indonesia perlu sijil

    JAKARTA, 29 MEI – Pelajar perubatan Malaysia yang pulang ke tanah air dan perlu kembali ke Indonesia untuk menduduki Ujian Kompetensi Mahasiswa Program Profesi Dokter (UKMPPD) perlu mematuhi prosedur kesihatan ketat yang ditetapkan termasuk memiliki sijil kesihatan.

    UKMPPD, syarat wajib bagi pelajar perubatan tahun akhir yang ditetapkan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, sebelum ini dijadualkan pada Mei lepas namun ditunda kepada Ogos susulan penularan pandemik COVID-19.

    Berdasarkan peraturan terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Indonesia pada 26 Mei lalu, hanya warga asing yang memiliki pasport diplomatik atau mempunyai Kartu Izin Tinggal Terbatas (KITAS) dan Kartu Izin Tinggal Tetap (KITAP) dibenar memasuki republik itu.

    Namun mereka yang memiliki KITAS atau KITAP, termasuk pelajar Malaysia, kini perlu memiliki sijil kesihatan yang mengesahkan mereka bebas daripada COVID-19 dan sijil itu harus sah selama tujuh hari dari tarikh ketibaan di Indonesia.

    Sekalipun mempunyai sijil itu, warga asing yang memasuki Indonesia masih perlu menjalani saringan kesihatan di lapangan terbang di Jakarta dan pihak berkuasa Indonesia akan mengeluarkan dokumen kesihatan bebas penyakit (health clearance dan health alert card) serta surat kebenaran bagi yang perlu ke provinsi atau kota lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda