Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar Maldives terima bantuan pengajian bernilai AS$69 juta

    COLOMBO, 14 SEPT – Kementerian Pendidikan Tinggi, Buruh dan Pembangunan Kemahiran Maldives telah menyalurkan lebih AS$69 juta dalam bentuk pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi sejak 2024.

    Dalam satu hantaran di media sosial pada Ahad, kementerian itu berkata dari 2024 hingga 11 September 2025, sebanyak lebih AS$69 juta pinjaman telah diberikan kepada 1,226 pelajar.

    Kementerian itu berkata dalam tempoh sama, 4,469 pelajar telah mendaftar dalam program ijazah sarjana muda, dengan majoriti adalah wanita (2,806 berbanding 1,663 lelaki). Dalam tempoh itu juga, 5,579 pelajar telah menamatkan pengajian, termasuk 2,237 pada tahun ini.

    Pada masa ini, seramai 8,330 pelajar sedang mengikuti pengajian ijazah pertama mereka, menurut kementerian itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda