Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar maut dalam kebakaran sekolah

    NIAMEY, 7 FEB – Tiga kanak-kanak maut dan 11 cedera, dua di antaranya parah, apabila sebuah sekolah yang dibuat daripada jerami dan kayu terbakar di tengah Niger semalam.

    Kebakaran meletus dalam sebuah bilik darjah sekolah di Zinder dan merebak dengan cepat, disemarakkan angin bermusim, beritahu Harou Mamane, Setiausaha Agung kerajaan serantau, kepada AFP. “Kanak-kanak panik dan cuba meluru keluar tetapi ada di antara mereka terperangkap,” kata beliau.

    Tanpa dana mencukupi, pihak berkuasa telah membina ribuan bilik darjah yang dibuat daripada jerami dan kayu, di mana kanak-kanak sering duduk di atas lantai kerana mereka tidak mempunyai meja. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda