Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pelajar maut ditembak di sekolah

    SEATTLE, 9 NOV – Seorang pelajar mati ditembak di sekolah tinggi Seattle pagi semalam, dan polis memberkas seorang suspek dalam bas awam kira-kira satu jam kemudian.

    Pelajar itu meninggal dunia selepas menerima rawatan di sebuah hospital, beritahu Datuk Bandar Bruce Harrell pada sidang akhbar. Mangsa tidak dikenal pasti dan polis enggan berkata sama ada suspek juga seorang pelajar di sekolah itu.

    Kejadian tembakan berlaku di Sekolah Tinggi Ingraham sebelum pukul 10 pagi, kata polis Seattle. Pegawai memasuki sekolah, menemui seorang pelajar tertembak diberikan pertolongan cemas sehingga pegawai paramedik tiba.

    Suspek telah ditahan pada pukul 11:10 pagi ketika menaiki bas King County Metro, kata pihak berkuasa. – AP

    Ibu bapa menunggu berita di luar Sekolah Tinggi Ingraham selepas laporan kejadian tembakan di Seattle, pada 8 November 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...