Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar mengaji mukaddam harap teruskan pengajian

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Negara Brunei Darussalam telah memasuki fasa kedua de-escalation di mana masjid-masjid, surau dan balai ibadah dibenarkan untuk dibuka kepada orang ramai dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Walaupun solat dibenarkan, aktiviti-aktiviti masjid yang lain seperti kelas mengaji mukaddam masih belum dibenarkan.

    Semasa tinjauan Media Permata, hari ini, Hajah Aminah binti Haji Kifli berkata bahawa anak-anaknya sering bertanya bila mereka akan dapat kembali meng-ikut kelas mengaji seperti biasa, sedangkan masjid sudah dibenarkan untuk menunaikan solat fardu lima waktu dan solat fardu Jumaat.

    “Untuk kelas mengaji di masjid-masjid, masih belum ada pengumuman untuk membuka kelas mengaji mengikut kumpulan atau pembahagian pelajar seperti yang dilaksanakan di sekolah-sekolah biasa,” tambah beliau yang sebelum ini menghantar anak-anaknya ke kelas mengaji mukaddam di salah sebuah masjid.

    Beliau seterusnya berharap supaya kanak-kanak akan dapat kembali mengikut kelas mengaji di masjid-masjid dalam masa terdekat seperti sebelumnya.

    Sementara itu, Haji Mohd Khairul Ariffin bin Haji Abdul Karim pula melahirkan rasa syukur kerana negara telah memasuki fasa kedua de-escalation setelah penutupan sementara masjid-masjid, surau dan balai ibadah

    “Sekiranya dibuka semula kelas mukaddam, para pelajar mestilah sentiasa mengikut garis panduan dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan seperti amalan penjarakan sosial,” tambahnya.

    Ibu bapa berharap supaya anak-anak mereka akan dapat kembali mengikut kelas mengaji di masjid-masjid dalam masa terdekat. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda