Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar pamer bakat menambang Syair Brunei

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba diumumkan sebagai johan dalam Pertandingan Menambang Syair Peringkat Sekolah Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Bagi Tahun 2024 yang berlangsung di Pentas Perayaan berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja, baru-baru ini.

    Atas &awah: Antara persembahan daripada pasukan yang menyertai pertandingan berkenaan. 

    Manakala Sekolah Menengah Sayyidina Hasan dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, masing-masing diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga.

    Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Professional) di Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Awang Haji Metussin bin Haji Jais.

    Atas & Bawah: Tetamu kehormat, Awang Haji Metussin menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.
    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN PENDIDIKAN KO-KURIKULUM

    Pertandingan anjuran Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan itu adalah bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78.

    Pertandingan yang dibukakan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, maktab serta pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta senegara ini telah disertai oleh 10 pasukan.

    Antara lain objektif pertandingan adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada irama tambangan syair Brunei, mengembangkan bakat serta menggilap potensi para pelajar dalam penambangan dan penghayatan syair tradisi Brunei terutamanya pemikiran atau perutusan tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Syair Nukilan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda