Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar, pensyarah CCCT adakan lawatan ke CSB

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Seramai 28 pelajar dan pensyarah dari Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan (CCCT), kelmarin, telah mengadakan lawatan pendidikan ke Cyber Security Brunei (CSB).

    Rombongan pelajar Diploma Tinggi Kebangsaan dalam Pengkomputeran dan pensyarah itu diketuai oleh Pensyarah CCCT, Dennis Tanjusay.

    Semasa lawatan itu, pelajar telah mendapatkan pandangan tentang operasi agensi keselamatan siber kebangsaan dengan pengenalan kepada perkhidmatan teras CSB iaitu Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Brunei (BruCERT), Pusat Pengawasan Siber (CWC) dan Makmal Forensik Digital Kebangsaan (NDFL).

    Dalam lawatan itu, pelajar juga berpeluang untuk melawat NDFL, di mana mereka melihat bagaimana penganalisis forensik digital mengumpulkan bukti elektronik secara teliti dengan menggunakan alat canggih.

    Selain itu, mereka berpeluang belajar bagaimana cekera keras boleh dipadam dan dimusnahkan secara selamat dengan mematuhi peraturan yang ketat mengikut piawaian makmal forensik digital.

    Gambar ramai pelajar dan pensyarah dari CCCT. – GAMBAR SERAHAN CSB
    Pelajar dan pensyarah CCCT sedang mendengar taklimat. – GAMBAR SERAHAN CSB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda