Tuesday, September 26, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Pelajar sekolah didedah kepada sukan kiu

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Seramai 51 orang pelajar dari Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar dan Sekolah Menengah Awang Semaun, Kampung Sungai Kebun telah menamatkan Klinik Sukan Kiu Asas bagi pool di Kompleks Sukan
    Sungai Kebun, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta klinik yang berjalan dari 2 hingga 10 September itu ialah Ketua Unit Kejurulatihan dan Perkembangan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, Dayang Noorfairuzah Hani binti Haji Mohammad @ Haji Zaini.

    Klinik yang mengetengahkan jurulatih kebangsaan Persatuan Cue Sports Brunei Darussalam, Lim Tat Hwe itu bertujuan untuk mencapai matlamatnya dalam meningkatkan pemahaman dan mengembangkan sukan kiu.

    Di samping itu, ia juga dihasratkan untuk mengasah bakat pemain-pemain baharu dalam lingkungan usia antara lapan hingga 16 tahun sekali gus menawarkan kursus asas yang lengkap khusus sukan kiu.

    Para pelajar bergambar ramai dengan gaya aksi mencucuk bola pool semasa Klinik Sukan Cue Asas di Kompleks Sukan Sungai Kebun baru-baru ini. Pendedahan terhadap sukan itu bertujuan meningkatkan pemahaman para pelajar sekali gus mengembangkan lagi sukan pool di negara ini. – Gambar serahan Persatuan Sukan Cue Brunei Darussalam
    Seramai 51 orang pelajar menamatkan Klinik Sukan Kiu Asas di Kompleks Sukan Sungai Kebun baru-baru ini. – Gambar serahan Persatuan Sukan Cue Brunei Darussalam

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...