Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar Sekolah Fairview sambut Maulidur Rasul

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Bagi meraikan hari kebesaran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Sekolah Fairview telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Urusan Sekolah Fairview, Dato Seri Laila Jasa Haji Ahmad bin Dato Paduka Matnor dan Ketua Pentadbiran Sekolah Fairview, Datin Paduka Hajah Fatimah binti Dato Paduka Haji Mohd Husain.

    Majlis itu bermatlamat untuk mendidik murid mengenali dan mencintai Rasulullah SAW, mengajak mereka agar sentiasa berselawat serta mencontohi akhlak mahmudah Rasulullah sebagai pemangkin kejayaan ummah.

    Majlis dimulakan dengan perarakan beramai-ramai yang disertai oleh tetamu kehormat, guru-guru, murid-murid tadika 1 hingga 3 dan murid-murid Tahun 1 hingga 6.

    Setelah selesai perarakan acara diteruskan dengan perkumpulan ramai dengan dimulai bacaan Al-Fatihah dan kemudian bacaan Sayyidul Istighfar serta diserikan dengan tazkirah bertajuk Kenali Nabi Muhammmad SAW yang disampaikan oleh Guru Agama Sekolah Fairview, Awang Mohd Abdul Aiman bin Abd Wahab.

    Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul di Sekolah Fairview. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH FAIRVIEW
    Pelajar mendengar kepada tazkirah yang disampaikan Awang Mohd Abdul Aiman. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH FAIRVIEW
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH FAIRVIEW

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda