Tuesday, December 17, 2024
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar sekolah meninggal dunia ketika acara larian rentas desa

    KUALA PILAH, 19 APRIL – Seorang pelajar tingkatan dua meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di sini hari ini.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, rebah kira-kira 50 meter sebelum ke garisan penamat bagi acara larian itu kira-kira 9:30 pagi tadi.

    “Anggaran 700 pelajar menyertai larian merentas desa sepanjang tujuh kilometer itu pagi tadi dan ketika pelajar itu hampir ke garisan penamat, dia telah rebah serta tidak sedarkan diri. Guru ada memberikan bantuan pernafasan tetapi pelajar tersebut tidak memberikan tindak balas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata pihak sekolah segera menghubungi talian 999 dan pelajar itu dibawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

    “Pada 10:15 pagi tadi ambulans tiba di Unit Kecemasan dan setelah hampir sejam memberikan bantuan, pelajar itu akhirnya disahkan meninggal dunia,” katanya. – Bernama

    Ibu kepada Nuqman Naufal tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di unit forensik HTAN, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda