Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pelajar sekolah turut rai HK39

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Meskipun di bawah panas terik cahaya matahari, para peserta termasuk pelajar-pelajar sekolah kelihatan bersemangat dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 tahun yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara hari ini.

    “Inilah masanya untuk kita sama-sama menunjukkan curahan kecintaan kita kepada negara. Dengan adanya acara kenegaraan sebegini, ia diharap akan dapat mendidik jiwa kami lagi sebagai anak bangsa agar terus bersatu padu berlan-daskan falsafah Melayu Islam Beraja sekali gus merealisasikan Wawasan Negara 2035,” ucap Awang Mohd Irfan Ali bin Haji Hasrol Bahri selaku wakil pelajar Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains) yang menyertai persembahan pukulan hadrah bagi mengalu-alukan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja.

    Di samping itu, Awang Mohd Irfan ketika ditemui menambah bahawa sebagai golongan pelajar meliputi semua peringkat pendidikan perlulah sentiasa menanamkan dalam jati diri masing-masing untuk memanfaatkan sistem pendidikan yang diberikan oleh kerajaan secara percuma ini dengan sebaik-baiknya iaitu dengan menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran bersungguh-sungguh serta merebut apa sahaja peluang dan cabaran tanpa berputus asa.

    “Hal ini begitu mustahak kerana jika bukan anak bangsa sendiri yang perlu berilmu dan berkemahiran demi masa depan negara, siapa lagi yang ingin diharapkan?”

    Awang Mohd Irfan Ali (empat dari kiri) bersama rakan-rakannya semasa ditemui penulis, kelmarin.
    Awang Muhammad Hafiz (tiga dari kiri) turut meluahkan kegembiraan dengan adanya keindahan kibaran bendera daripada para peserta yang terlibat, ia sememangnya secara tidak langsung mampu menambahkan semangat pariotisme dalam diri mereka semua.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...