Saturday, December 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar Sepanyol penyebar utama COVID-19

    PALMA, 1 JULAI – Sepanyol berdepan peningkatan ketara kes COVID-19 selepas kumpulan pelajar bercuti di Majorca menyebabkan hampir 2,000 orang dijangkiti virus dan ribuan lagi dikuarantin.

    Penyebaran virus itu bermula minggu lalu apabila ratusan orang disahkan positif COVID-19 selepas pulang bercuti dari Majorca bagi meraikan selesainya peperiksaan akhir.

    Pihak berkuasa mengatakan ratusan pelajar berkenaan dijangkiti oleh varian alpha yang pertama kali dikesan di United Kingdom (UK).

    Sementara itu, sekurang-kurangnya 12 wilayah di negara itu mengesan kes yang berkaitan dengan kelompok Majorca dan di wilayah Madrid saja.

    Pihak berkuasa melaporkan 778 kes positif dan lebih daripada 2,886 orang terpaksa dikuarantin mulai semalam.

    Semalam, 49 daripada 86 orang yang melakukan perjalanan dari Majorca diuji positif ketika tiba di lapangan terbang Santiago de Compostela di barat laut Sepanyol, termasuk beberapa yang mengambil bahagian meraikan peperiksaan akhir itu.

    Media yang menyiarkan mengenai jangkitan itu turut melaporkan ramai ibu bapa meminta anak mereka yang dikurung di sebuah hotel di Pulau Mediterranean dibebaskan.

    Walaupun mendapat tentangan pihak pendakwa, hakim akhirnya memerintahkan pelajar yang diuji negatif dilepaskan dari kuarantin dan dibawa pulang menaiki kapal khas ke Valencia semalam. – AFP

    Sebuah ambulans diletak di depan sebuah hotel di mana pelajar dijangkiti COVID-19 dikuarantin di Palma de Mallorca. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda