Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pelajar SMTM dekati flora, fauna

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 23 NOV – Seramai 45 pelajar dari Sekolah Menengah Tanjong Maya (SMTM) bersama guru-guru mereka berkesempatan untuk menerokai laluan hutan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai biodiversiti tempatan yang terda-pat di negara ini sebagai sebahagian daripada lawatan sekolah ke Pusat Biodiversiti Tropika (TBC) yang diadakan baru-baru ini.

    Para pelajar tersebut disambut oleh pegawai-pegawai dan kakitangan pusat berkenaan yang kemudiannya disusuli dengan pembentangan ringkas mengenai topik biodiversiti.

    Para pelajar kemudiannya bergerak ke dewan pameran pusat itu di mana mereka dapat melihat pelbagai spesimen flora dan fauna yang terdapat dalam ekosistem tempatan, yang diikuti dengan perjalanan ke dalam hutan berdekatan di sepanjang laluan.

    Pelajar-pelajar SMTM diberikan penerangan oleh kakitangan TBC semasa lawatan berkenaan.

    Semasa jungle trekking, para pelajar belajar tentang pelbagai spesies pokok, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan itu serta bagaimana masing-masing memainkan peranan dalam menyumbang kepada ekosistem yang lebih luas.

    Aktiviti tersebut dianjurkan oleh sekolah itu untuk mengakhiri tahun akademik dengan penuh semangat. Lawatan itu memberikan peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran yang tidak dapat dilupakan dengan memerhati flora dan fauna dari dekat di luar bilik darjah.

    Pelajar-pelajar dan guru-guru SMTM bergambar ramai semasa lawatan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...