Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar SR YSHHB hayati solat

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Kira-kira 1,000 pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) menghadiri Majlis Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah hari ini.

    Majlis sambutan itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu bagi pelajar Tahun 4,5,6 dan sesi kedua bagi pelajar Tahun 1,2,3.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengetua SR YSHHB, Hajah Hafizah binti Haji
    Salat.

    Majlis diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Bahagian Kaunseling dan Kefahaman Agama, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yussof Haji Abdul Majid.

    Ceramah bertajuk The Miraculous Journey of Israk and Mikraj antara lain menyentuh mengenai solat yang merupakan hadiah teristimewa daripada Allah SWT.

    Awang Muhammad Yussof menyampaikan ceramah pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: Antara pelajar yang hadir pada Majlis Sambutan Israk Mikraj di SR YSHHB. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Beliau juga berkata Israk dan Mikraj membuktikan betapa pentingnya solat kerana ia adalah satu-satunya ibadah yang diberikan Allah secara langsung kepada Nabi Muhammad SAW dan tiada yang mustahil bagi Allah.

    Jika Allah mampu membawa Nabi Muhammad SAW menempuh perjalanan luar biasa ini, maka tiada perkara yang mustahil dalam kehidupan kita asalkan kita bergantung kepada-Nya.

    Selain itu,ceramah juga menyentuh ujian, Al-Aqsa dan solat merupakan Mikraj bagi umat Islam.

    Objektif majlis diadakan agar pelajar dapat mengetahui pengertian Israk Mikraj, mengambil pengajaran, beramal dan mengambil iktibar daripada peristiwa Israk Mikraj, memberikan maklumat tentang perjalanan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW dan menghayati ajaran Baginda khususnya tentang solat.

    Turut hadir, penolong guru besar dan guru-guru SR YSHHB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda