Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar Tahun 4 SR YSHHB sertai perkhemahan di Temburong

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Pelajar Tahun 4 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah baru-baru ini telah menghadiri perkhemahan Program Kepimpinan Jati Diri yang bermula pada 9 hingga 11 Ogos di daerah Temburong.

    Rombongan pelajar ke perkhemahan itu diketuai oleh Pengetua SR YSHHB, Hajah Hafizah binti Haji Salat, dan diselaraskan oleh Noorazizah binti Abas, guru sekolah berkenaan.

    Program tersebut dianjurkan setiap tahun sebagai salah satu daripada Projek sekolah  setiap cuti penggal ketiga persekolahan.

    Pada tahun ini buat julung-julung kalinya pelajar-pelajar Tahun 4 telah dipilih untuk menyertai program berkenaan yang dihasratkan dapat membuka minda mereka untuk lebih peka kepada keindahan yang ada di negara ini.

    Melalui program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mengunjungi tempat–tempat menarik di negara ini malah berpeluang membuat aktiviti berkebajikan bersama masyarakat.

    Dengan adanya aktiviti seumpama ini, pelajar akan dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik yang terdapat di negara ini sambil menerapkan sikap pemedulian dan akan lebih bertanggung jawab ke atas diri sendiri dan juga sekeliling mereka.

    Gambar beramai pelajar Tahun 4 dan guru SR YSHHB semasa perkhemahan Program Kepimpinan Jati Diri, Temburong. – GAMBAR SERAHAN SR YSHHB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda