Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 31 OKT – Dengan berakhirnya Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan telah mengadakan Program Kenali Warisan Kitani bagi murid-murid Tahun 6 di Daerah Belait, hari ini.
Dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Muzium-muzium, program itu menyaksikan murid-murid yang hadir menyertai pelbagai permainan dan aktiviti tradisional.
Permainan-permainan tradisional membantu memberi gambaran tentang budaya dan warisan bangsa melalui permainan yang telah diwarisi turun-temurun.
Antara permainan yang diketengahkan termasuk Pasang, Congkak, Buah Lapas-lapas, Salok-salokan, Lompat Getah, Tilu tilan, Simban, dan Kaki Tiga.
Aktiviti lain seperti jualan gerai turut diadakan antaranya jualan buku daripada Jabatan Muzium-muzium kepada usahawan tempatan yang menjual produk mereka.