Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Bagi mengisi masa lapang pelajar Tahun 6, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) selepas Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah ( PSR ) guru-guru sekolah telah menyediakan beberapa aktiviti yang menarik bagi pelajar-pelajar.
Pelajar Tahun 6 sekolah berkenaan baru-baru ini telah menyertai dalam Hari Keusahawanan yang berlangsung di sekolah berkenaan yang antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar mengenai bidang keusahawanan.
Sementara itu, temu bual media dengan Muhammad Adhwa Waldan Imitiyaz bin Haji Mohammad Khairul Arifin, dan Ahmed Adam Muqri bin Muhammad Majdi Sharuddin mengongsikan pengalaman mereka menyertai dalam jual beli semasa Hari Keusahawanan itu.

Mereka menjelaskan, penyertaan mereka dalam aktiviti ini adalah pengalaman pertama dan ia juga menjadi titik permulaan mereka untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan berharap yang menyertai dalam aktiviti seumpama ini di masa akan datang untuk menimbal lebih banyak pengalaman dan ilmu.
Hari Keusahawanan Tahun 6 itu menampilkan pelajar-pelajar celik yang tidak melepaskan peluang untuk mencari pengalaman dan melihat respons daripada pelajar terhadap produk yang diketengahkan semasa acara tersebut.



Di samping Hari Keusahawan ini, sekolah berkenaan turut menganjurkan beberapa aktiviti bagi memeriahkan dan mengisi waktu persekolahan selepas peperiksaan dengan aktiviti yang berfaedah untuk pelajar bertukar-tukar pandangan dan menimba ilmu melalui aktiviti yang disertai.
Pelajar Tahun 6 juga berpeluang mengadakan lawatan ke sekolah menengah Yayasan yang bertujuan untuk memberi pendedahan cara pembelajaran di peringkat menengah.
Di samping itu, pelajar juga mengadakan aktiviti riadah ke Taman Jubli Emas (Eco Corridor) untuk mengeratkan lagi hubungan pelajar dan guru sambil mengadakan brisk walk, jamuan pagi dan melukis mercu tanda yang ada di sekeliling Bandar Seri Begawan dalam canvas yang disediakan.



