Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar tamat latihan kerja dirai

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Tiga orang pelajar Pra-Vokasional dari dua buah sekolah menengah yang berjaya menamatkan penempatan latihan kerja di Golden Corporation Sdn Bhd telah diraikan pada majlis penyampaian sijil, baru-baru ini.

    Awang Esrony bin Luas dan Awang Muhammad Hafis Amirnuddin bin Muhammad Halim yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Muda Hashim (SMMH) serta Dayang Nur Syahmimi Asqina binti Safieh dari Sekolah Menengah Tanjong Maya (SMTM) telah berjaya menamatkan penempatan di syarikat berkenaan pada hujung Oktober tahun lalu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.

    Turut hadir semasa majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan Golden Corporation Sdn Bhd, Richard Chuang Hsi Shan; Ketua Bahagian Program dan Akademik Jabatan Sekolah-sekolah, Dayang Sarimah binti Abu Bakar; Pengetua SMMH, Awang Haji Mohamad Saiful Bahrin bin Haji Sabli; Pengetua SMTM, Hajah Norzan binti Haji Meludin pegawai-pegawai daripada Jabatan Sekolah-sekolah dan guru-guru kelas dari dua buah sekolah berkenaan. Pada majlis berkenaan, Richard Chuang Hsi Shan menyampaikan sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar yang diraikan.

    Bagi menghargai Golden Corporation Sdn Bhd, pengetua kedua-dua buah sekolah menengah berkenaan masing-masing telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada Richard Chuang Hsi Shan.

    Haji Mohamad Saiful Bahrin bagi pihak kedua-dua buah sekolah dalam ucapannya menghargai sokongan Golden Corporation Sdn Bhd kerana memberi peluang penempatan latihan kerja bagi pelajar Program Pra-Vokasional.

    Menurut beliau, semasa bekerja di Golden Corporation Sdn Bhd, pelajar-pelajar telah menimba kemahiran, pengetahuan dan pengalaman bekerja yang sangat berharga.

    Sementara itu, Hajah Norzan dalam ucapannya bagi mewakili dua buah sekolah juga menghargai sokongan yang diberikan oleh pihak Unit Akademik, Jabatan Sekolah-sekolah dalam membantu pihak sekolah mencari peluang latihan penempatan kerja yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar, menguruskan permohonan penempatan kerja bagi pihak sekolah, menghadapkan permohonan kepada majikan dan menjalankan lawatan pemantauan setiap bulan bersama guru-guru di tempat kerja pelajar.

    Gambar ramai pelajar yang diraikan bersama warga Golden Corporation dan warga sekolah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda