Friday, April 18, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar tanpa penutup mulut, hidung ditembak mati

    KINSHASA, 25 JULAI – Seorang anggota polis Republik Demokratik Congo menembak mati seorang pelajar yang tidak memakai penutup mulut dan hidung ketika membuat penggambaran di jalan raya ibu negara, kata saksi hari ini.

    “Kawan kami Honore Shama, pelajar di fakulti seni di Universiti Kinshasa, sedang merakam video sebagai sebahagian daripada tugasan praktikal lakonan,” beritahu Patient Odia, kawan yang hadir pada pertengkaran, kepada AFP.

    “Seorang polis memberitahunya supaya memakai penutup mulut dan hidung semasa membuat penggambaran.”

    “Meskipun penjelasan Shama dan setelah menunjukkan penutup mulut dan hidungnya, polis berkenaan, yang menjangka diberikan rasuah, menjadi berang, menuduh Shama melawan dan menembaknya pada jarak dekat.”

    Saksi lain memberitahu kisah yang sama kepada radio Top Congo serta beberapa laman berita dalam talian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda