Sunday, December 10, 2023
29.1 C
Brunei

    -

    Pelajar tertua berusia 99 tahun meninggal dunia

    NAIROBI, 18 NOV – Pelajar sekolah rendah paling tua di dunia, Priscilla Sitieni yang berazam mendapatkan pendidikan pada usia 90an hingga mencetuskan inspirasi filem Perancis dan menerima pujian dari UNESCO, telah meninggal dunia di Kenya pada usia 99 tahun, menurut media tempatan.

    Cucunya, Sammy Chepsiror memberitahu akhbar The Standard bahawa Gogo Priscilla (Nek Priscilla) telah meninggal dunia di rumah pada Rabu selepas mengalami komplikasi dada.

    “Gogo sihat dan menghadiri kelas sehingga tiga hari sebelum meninggal apabila dia mengalami sakit dada, yang memaksanya berhenti persekolahan,” beritahunya kepada akhbar semalam.

    “Kami bersyukur dia hidup hingga hampir 100 tahun. Dia membuat kami berasa bangga,” tambahnya.

    Priscilla berusia 94 tahun apabila dia memujuk pengetua sekolah tempatan di kampungnya di Lembah Rift, Kenya supaya menerimanya, menurut UNESCO, yang menganggapnya sebagai ‘model peranan untuk komuniti.’

    Dalam satu temu bual dengan agensi PBB tahun lalu, dia berkata tujuannya adalah mendorong ibu-ibu muda di Kenya supaya kembali ke sekolah selepas mempunyai anak, dan bukannya tercicir disebabkan rasa malu atau takut dihambat stigma sosial.

    “Saya ingin menjadi contoh bukan sahaja kepada mereka tetapi budak perempuan lain di seluruh dunia yang tidak dapat belajar di sekolah,” katanya.

    “Tanpa pendidikan, tidak adanya perbezaan di antara kamu dan seekor ayam,” katanya.

    “Pendidikan adalah masa depan awda. Pendidikan kekal dalam kepala awda selama-lamanya dan ia tidak akan hilang apabila awda memilikinya.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. Kerajaan memutuskan untuk memindahkan...