Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Pelajar Thailand maut pistol meletup secara tiba-tiba

    BANGKOK, 16 SEPT – Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut apabila senjata api buatan sendiri yang dibawa rakannya ke sekolah meletup secara tiba-tiba. 

    Dalam kejadian 1:30 petang Khamis, pelajar Sekolah Lad Pla Duk di daerah Bang Bua Thong, Nonthaburi dilaporkan cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat
    kejadian.

    Komander polis wilayah Nonthaburi, Mejar Jeneral Paisan Wongwat-charamongkol, berkata siasatan mendapati seorang pelajar membawa pistol buatan sendiri milik seorang pelajar senior ke sekolah.

    Pelajar itu menyembunyikan pistol itu di dalam jaketnya kerana mahu menunjukkan senjata berkenaan kepada mangsa.

    “Pistol itu dipercayai meletup secara tiba-tiba dan peluru terkena kepala mangsa yang sedang duduk di hadapan komputer.

    “Siasatan juga mendapati kedua-dua pelajar itu berkawan rapat,” katanya pada sidang media. Empat pelajar menjadi saksi kejadian itu.

    “Pelajar yang membawa pistol itu didakwa atas kesalahan memiliki senjata api secara haram dan menyebabkan kematian,” katanya. – Bernama

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    34 paus mati terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 1 DIS – Sekumpulan 34 ekor ikan paus pilot ditemukan mati terdampar di sebuah pantai di pulau Tasmania, Australia, menurut laporan media tempatan...