Saturday, December 28, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar UNISSA hadiri Forum ALSA di Singapura

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Sekumpulan pelajar Sarjana Muda Perundangan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berlepas ke Singapura hari ini bagi mewakili negara mengikuti Forum ALSA yang diadakan bermula 31 Julai hingga 6 Ogos ini.

    Forum ALSA merupakan aktiviti utama pertubuhan itu yang akan diadakan selama seminggu yang mengumpulkan lebih daripada 200 orang pelajar perundangan dari negara-negara ahli bagi mengikuti beberapa siri aktiviti akademik dan bukan akademik.

    Forum yang diadakan antara bulan Ogos dan September setiap tahun itu menandakan permulaan kalendar akademik ALSA, di mana Perhimpunan Agung tahunan ALSA, Mesyuarat-mesyuarat Majlis Mentadbir dan pilihan raya Lembaga Antarabangsa diadakan.

    Para pelajar sebelum berlepas ke Singapura.
    Para pelajar sebelum berlepas ke Singapura.

    Forum yang akan berakhir pada hari Ahad itu akan merangkumi beberapa isu relevan terhadap tema ‘Undang-undang dan Keadilan’ yang menekankan isu-isu Penyeludupan Manusia, Keganasan, Dadah-dadah Haram dan Korupsi.

    Dalam tambahan, beberapa perbincangan dan perbincangan secara berkumpulan disediakan oleh pihak-pihak penganjur sejajar dengan tema sidang tersebut.

    Delegasi UNISSA akan diwakili oleh Awang Arif Azhan bin Awang Besar, Dayang Nur Azmina binti Haji Malik, Dayang Azilla Liyana binti Mohd Azam Zaki dan Dayang Amirah Aziyah binti Hasdy.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda