Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar UNISSA sertai pertandingan mahkamah olok-olok

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Bagi memberikan peluang kepada para pelajar untuk bersaing di peringkat antarabangsa, Fakulti Undang-undang Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang mewakili Negara Brunei Darussalam, buat kali pertama telah menyertai Philip C Jessup International Law Moot yang sedang berlangsung di Washington, Amerika Syarikat mulai kelmarin hingga 6 April.

    Lima pelajar yang mewakili UNISSA ialah Awang Aziezul Safwan bin Awang Zakaria, Awang Ahmad Muqri bin Marhain, Dayang Nurul Iffah binti Haji Puasa, Dayang Amyra Shaira binti Suherdy dan Awang Abdul Hakim bin Iskandar. Manakala, Awangku Muhd Syair Aminy bin Pengiran Shahrel Annuar dan Dayang Umi Atul Nur Hazzieqah Aziq binti Ali Hassan masing-masing menyertai pertandingan berkenaan sebagai jurulatih pasukan dan penyelaras pasukan. Pemilihan para peserta telah dianjurkan oleh Kelab Mooting UNISSA.

    Pertandingan mahkamah olok-olok yang berprestij ini, sering dirujuk sebagai Jessup, merupakan pertandingan paling besar di dunia, yang disertai lebih 100 buah negara.

    Pertandingan tersebut merupakan satu platform yang unik bagi pelajar undang-undang mempamerkan kemahiran mereka dari segi advokasi bertulis mahupun lisan, serta pemahaman mereka mengenai undang-undang antarabangsa.

    Ia juga memberikan para peserta peluang untuk mengemukakan hujah-hujah mengenai isu undang-undang yang kompleks berdasarkan kes hipotesis ke panel hakim, mensimulasikan suasana mahkamah antarabangsa yang sebenar.

    Gambar ramai para peserta sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda