Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar universiti cipta imej lucah guna AI disiasat

    HONG KONG, 15 JULAI – Badan Pemantau Privasi Hong Kong berkata hari ini ia telah melancarkan siasatan jenayah terhadap skandal lucah yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) di universiti tertua di bandar itu, selepas seorang pelajar dituduh mencipta imej lucah rakan sekelas dan guru perempuannya.

    Tiga orang menuduh seorang pelajar undang-undang Universiti Hong Kong (HKU) pada hujung minggu lalu mencipta gambar lucah 20 wanita menggunakan AI, dalam kes berprofil tinggi pertama seumpamanya di hab kewangan China.

    Universiti itu telah membangkitkan kemarahan berhubung hukuman yang dianggap ringan selepas ia berkata Sabtu lalu ia hanya menghantar surat amaran kepada pelajar itu dan menuntutnya meminta maaf.

    Tetapi Pejabat Pesuruhjaya Privasi untuk Data Peribadi Hong Kong berkata hari ini bahawa mendedahkan data peribadi orang lain tanpa kebenaran dan dengan niat untuk mendatangkan bahaya, boleh menjadi satu kesalahan.

    “Badan pemantau itu telah memulakan siasatan jenayah ke atas kejadian tersebut dan tidak mempunyai sebarang komen lanjut pada peringkat ini,” katanya.

    Pihak penuduh berkata dalam satu kenyataan Sabtu lalu bahawa undang-undang Hong Kong hanya menghukum pengedaran ‘imej intim,’ termasuk yang dicipta dengan AI, tetapi bukan penciptaannya.

    “Tidak ada dakwaan setakat ini bahawa pelajar itu menyebarkan imej palsu dan mangsa tidak dapat menerima hukuman… melalui sistem keadilan jenayah Hong Kong,” tulis mereka.

    Penuduh berkata seorang rakan menemui imej tersebut pada komputer riba pelajar itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda