Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pelajar USM bawa roket ‘hebat’ ke Piala Spaceport America 2022

    NIBONG TEBAL – Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi wakil tunggal universiti awam negara ini ke Piala Spaceport America (SA) 2022 dan menaruh harapan tinggi roket ciptaan mereka mampu meraih kejayaan dalam pertandingan berprestij itu.

    Acara tersebut, yang bakal berlangsung di New Mexico, Amerika Syarikat pada 20 hingga 25 Jun ini, merupakan persidangan dan pertandingan pelancaran roket berkuasa tinggi antara universiti terbesar di dunia.

    Ketua Pasukan WAU Rocketry USM A.Vanmitha, 22, berkata pasukannya yang terdiri daripasa 11 pelajar sarjana muda dari Kampus Kejuruteraan USM, akan berlepas malam ini ke Amerika Syarikat dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS), yang juga antara penaja utama perjalanan mereka ke sana.

    Pelajar tahun tiga Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM itu berkata pasukannya telah membuat persiapan sejak enam bulan lepas iaitu setelah berjaya melepasi tiga peringkat yang ditetapkan penganjur.

    “Kami menamakan roket itu sebagai HEBAT dan ia merupakan roket berkuasa tinggi buatan pelajar yang pertama di Malaysia.

    USM menjadi wakil tunggal universiti awam di Malaysia ke Spaceport America (SA) Cup 2022 dan menaruh harapan tinggi bahawa roket ciptaan mereka mampu memperoleh kejayaan bermakna dalam pertandingan berprestij di dunia itu. – Bernama
    Ketua Pasukan WAU Rocketry Universiti Sains Malaysia (USM) A. Vanmitha (depan tiga, kiri) bersama ahli pasukannya bergambar bersama roket buatan mereka pada Pelancaran Roket HEBAT. – Bernama
    Pengarah Kampus Kejuteraan USM, Prof Dr Nor Azazi Zakaria (dua, kanan) mendengar penerangan mengenai roket HEBAT oleh Ketua Pasukan WAU Rocketry USM A. Vanmitha (kiri). – Bernama

    “Roket tersebut akan membawa sebuah nanosatelit seberat empat kilogram (kg) dengan misi mengukur keadaan persekitaran dan menjalankan transmisi data ke stesen bumi,” katanya kepada pemberita di Kampus Kejuruteraan USM, di sini.

    Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Roket HEBAT dan Penyerahan Jalur Gemilang dan Bendera USM daripada Pengarah Kampus Kejuteraan USM, Prof Dr Nor Azazi Zakaria dan turut dihadiri penasihat pasukan, Dr Norilmi Amilia Ismail.

    Mengulas lanjut, Vanmitha berkata kriteria pertandingan itu mengambil kira konsep membentuk, membina dan menerbangkan roket iaitu pasukannya perlu menerbangkan roket setinggi 10,000 kaki.

    “Cabaran utama yang dihadapi dalam pembinaan roket ini adalah bagi memastikan pasukan kami dapat mengawal pendaratan roket dengan selamat kerana jika ada sedikit ralat, ia akan menyebabkan roket jatuh terhempas dan berkecai,” katanya dan menambah berat keseluruhan roket bersama beban adalah 30 kg dan berketinggian 3.3 meter.

    Vanmitha berharap pencapaian pasukannya dapat memberi inspirasi dan memupuk minat belia di Malaysia dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) khususnya teknologi angkasa.

    “Kami juga berharap dengan penyertaan ini (kami) dapat menimba ilmu dan kemungkinan dalam tempoh 10 tahun lagi Malaysia dapat membina roket sendiri untuk ke angkasa,” katanya dan menambah kos menyiapkan roket itu menelan belanja sebanyak RM35,000.

    Sementara itu, Nor Azazi berkata penyertaan pelajar ke pertandingan itu akan mendedahkan mereka kepada industri teknologi angkasa antarabangsa termasuk berpeluang bertemu wakil syarikat-syarikat utama dalam bidang tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...