Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar UTB fahami kepentingan NDT

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Seramai 75 pelajar Tahun 4 Universiti Teknologi Brunei (UTB) dari Fakulti Kejuruteraan menghadiri sesi perkongsian selama dua hari bermula hari ini di Makmal Kejuruteraan Awam dan Mekanikal UTB.

    Turut menjayakan sesi perkongsian berkenaan ialah kumpulan dari Germanischer Lloyd Offshore and Industrial Services (B) Sdn Bhd (trading as DNV), yang terdiri daripada wakil
    dan pemeriksa yang membuka beberapa petak pameran untuk membantu membincangkan dan memberi tumpuan kepada pelbagai bentuk seperti Non-Destructive Testing (NDT) yang digunakan di lapangan.

    Acara berkenaan berfungsi sebagai inisiatif DNV untuk membantu memperkenalkan dan menonjolkan kepentingan NDT dan bagaimana ia menyumbang kepada keselamatan keseluruhan merentasi pelbagai disiplin.

    Ia mewakili salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam memberi kembali kepada ma-syarakat, terutamanya dalam membantu memberi inspirasi dan membimbing generasi pemeriksa tempatan untuk lebih berfikiran tentang keselamatan dan menyedari pelbagai teknik dan teknologi yang digunakan dalam bidang NDT.

    Dengan sambutan positif yang diterima, DNV Brunei berharap sesi perkongsian sama antara pelajar institut pengajian tinggi akan terus dijalankan pada masa hadapan.

    Pelajar berpeluang mendapat pendedahan langsung semasa sesi perkongsian tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda