BANDAR SERI BEGAWAN, 18 DIS – Pelajar tahun dua dari Universiti Teknologi Brunei (UTB), Lai Jia Shyan yang sedang mengikuti ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Elektrik dan Elektronik telah membanggakan negara apabila menjadi satu-satunya pelajar Brunei yang memenangi Pertandingan Menulis Esei Akademik ASEAN-Korea 2019. Dalam pertandingan itu, peserta-peserta diberikan empat tema untuk dipilih iaitu Keselamatan