Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar Xinjiang gembira dapat kembali ke sekolah

    URUMQI – Tidak seperti rakan-rakannya yang tinggal di bandar-bandar pedalaman China, perjalanan ke sekolah bagi Mudalebek Mametjuma dan adiknya sangat jauh dan penuh berliku.

    Pelajar sekolah rendah berusia 15 tahun ini tinggal di kota Muji, Wilayah Aketao di Rantau Autonomi Xinjiang Uygur, barat laut China.

    Terletak di dataran tinggi Pamir, ia juga dikenali sebagai kawasan paling barat di negara itu.

    Untuk pergi ke sekolah, tidak pernah mudah untuk orang yang tinggal di dataran tinggi dengan ketinggian purata 4,500 meter.

    Bapanya, Mametjuma Abudurahman, terpaksa awal berhenti sekolah semasa kecilnya kerana perjalanan ke sekolah yang terlalu sukar.

    Pelajar berbaris ketika hendak menaiki bas sekolah di pusat pengambilan bas sekolah di kota Muji. – Xinhua
    Gambar menunjukkan Kampung Qiongrang tempat Mudalebek Mametjuma tinggal di kota Muji di Aketao barat laut wilayah Autonomi Xinjiang Uygur China. – Xinhua

    “Saya tinggal lebih dekat dengan sekolah berbanding kebanyakan orang lain, tetapi saya mengambil masa lebih kurang sejam untuk pergi ke sekolah dengan menunggang keldai,” kata Mametjuma Abudurahman, sambil mengingatkan bahawa mereka perlu membawa makanan tengah hari dan mengambil kotoran lembu kering dalam perjalanan ke sekolah untuk memastikan dapur pemanas sentiasa memanaskan bilik darjah pada musim sejuk.

    Anaknya tidak lagi perlu menanggung kesulitan tersebut. Hal ini kerana kerajaan tempatan telah menawarkan bantuan untuk membantu pelajar sekolah menengah dan beberapa pelajar sekolah rendah yang belajar di sekolah berasrama di bandar, di mana mereka dapat menikmati kemudahan dan pendidikan yang lebih baik.

    Mudalebek Mametjuma kini menjadi pelajar salah sebuah sekolah terbaik di daerah ini, yang menyediakan pelajar dengan makanan dan penginapan percuma.

    Selepas percutian musim sejuk yang meluas disebabkan oleh wabak COVID-19, Mudalebek Mametjuma akhirnya dapat melanjutkan perjalanannya ke sekolah. Xinjiang membuka semula semua sekolah rendah dan sekolah menengah pada hari Isnin kelmarin, di mana rantau di peringkat wilayah yang pertama di negara ini yang berbuat demikian apabila epidemik koronavirus merosot.

    Kerajaan tempatan menghantar bas sekolah untuk mendapatkan hampir 1,200 orang pelajar di empat kota di kawasan pergunungan untuk kembali ke sekolah. Guru dan pekerja perubatan juga ada di dalamnya untuk membantu mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak seperti mengambil suhu dan memberikan topeng muka secara percuma.

    Mametjuma Abudurahman membawa dua orang anaknya ke pusat pengambilan bas sekolah, kira-kira 20km dari rumah mereka. Dengan gaji bulanan sebanyak 2,600 yuan (kira-kira AS$367.5) sebagai pengawal sempadan, dia membeli sebuah kenderaan utiliti sukan terpakai awal tahun ini.

    Sekolah Mudalebek Mametjuma terletak kira-kira 200km dari titik pusat pengambilan bas. Waktu perjalanan telah dipendekkan dengan adanya peningkatan yang ketara kerana jalan kerikil yang dibina. Terowong dan jambatan juga telah dibina, yang dapat mengurangkan risiko kemalangan dari tanah runtuh dan curahan gunung.

    Walaupun jarak jauh dan wabak, kelas-kelas dibukakan semula yang merupakan harapan bersama untuk pelajar di bandar. Turuganaye Kerim, yang menghadiri sekolah yang sama dengan Mudalebek Mametjuma, berkata dia banyak terlepas aktiviti kurikulum tambahan yang pelbagai seperti percetakan dan mewarna di sekolah.

    “Saya gembira dapat kembali,” kata Mudalebek Mametjuma. “Saya berharap dapat bermain bola keranjang bersama rakan-rakan saya.” – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda