Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar yang didakwa dalam kes Zara Qairina beri keterangan secara tertutup

    KUALA LUMPUR, 22 SEPT – Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini mendengar keterangan seorang pelajar yang didakwa dalam kes buli membabitkan Zara Qairina Mahathir, dalam inkues yang sedang dijalankan berhubung kematian remaja Tingkatan Satu itu.
     
    Pelajar berkenaan memberi keterangannya secara tertutup pada pukul 10 pagi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, dengan prosiding berakhir pada 4:45 petang.
     
    Perkara itu disahkan oleh pegawai inkues, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, serta peguam saksi, Datuk Ram Singh.
     
    Berdasarkan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2017, yang secara jelas melarang penerbitan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti seorang kanak-kanak, petugas media dilarang berada di lantai mahkamah semasa keterangan tertutup bagi melindungi identiti saksi tersebut.
     
    Pelajar itu sepatutnya memberi keterangan pada Jumaat lepas, namun selepas kenyataan saksi beliau tersebar di media sosial, mahkamah memutuskan menangguhkan prosiding sehingga hari ini. – Bernama
     
    Gambar Envato
     
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda