Tuesday, December 31, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajar yang memerlukan tidak dilupakan

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 8 Jan – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang dengan kerjasama Takmir Masjid RPN Bukit Beruang dan Persatuan Belia-belia KESUMA, kelmarin, telah menyampaikan bantuan peralatan sekolah kepada seramai 23 orang kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Kampung Bukit Beruang.

    Penyampaian bantuan pada majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Dewan RPN Bukit Beruang, Tutong itu telah disempurnakan oleh Ketua Kampung Bukit Beruang, Awang Ahmad bin Aman yang juga Pengerusi MPK Bukit Beruang selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir di majlis tersebut ialah Imam Masjid RPN Bukit Beruang, Awang Moksin bin Haji Moktar bersama ketua Biro Wanita MPK Bukit Beruang, ketua Biro Wanita Persatuan KESUMA dan ahli-ahli MPK Bukit Beruang.

    Sesi bergambar ramai selepas penyempurnaan penyampaian sumbangan kepada 23 kanak-kanak yang memerlukan.

    Sumbangan tersebut dikutip daripada orang ramai dan penduduk RPN Bukit Beruang dan sekitarnya menerusi kempen Drop Box yang dijalankan sepanjang Disember 2017 lalu.

    Kempen yang bertemakan ‘Musim Kembali Ke Sekolah 2018’ itu bertujuan untuk membantu dan meringankan beban anak-anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan, khususnya mereka yang tinggal di sekitar Kampung Bukit Beruang.

    Sumbangan itu juga bertujuan memberikan keceriaan dan semangat kepada mereka untuk pergi ke sekolah dengan peralatan sekolah baru yang disumbangkan oleh orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda