Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelajari budaya Brunei

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara, kelmarin, telah menerima kunjungan daripada rombongan seramai 40 orang peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSYEAP) ke-45.

    Rombongan telah dialu-alukan oleh Pemangku Pengurus PKWE tersebut, Haji Ali bin Haji Emran dan ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon yang juga Penghulu Mukim Berakas B serta ahli-ahli PKWE yang lain.

    Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah wakil dari Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Jabatan Belia dan Sukan.

    Lawatan dimeriahkan dengan persembahan Tausyeh oleh warga emas pusat berkenaan. Sebelum meninjau sekitar pusat berkenaan, rombongan terdahulu itu mendengar penerangan ringkas mengenai PKWE yang disampaikan oleh Haji Ali.

    Semasa di pusat berkenaan, rombongan berpeluang melihat lebih dekat lagi aktiviti kraf tangan, aktiviti memasak, menapih sinjang dan melihat acara majlis berbedak lelaki dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu Brunei.

    Peserta program berpeluang mencuba mencalit warna kepada ‘pengantin’ lelaki dalam majlis berbedak.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda