Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelakon Aman Nassim sudah ada 4 lagu sendiri

    Siapa sangka dalam diam pelakon Aman Nassim (gambar) sebenarnya mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian malah sudah menghasilkan empat buah single yang membuktikan dia serius sebagai artis rakaman.

    Aman atau Abdul Rahman Nassim, 34, juga memberanikan diri menubuhkan syarikat rakamannya sendiri iaitu COF Music bagi memastikan perjalanan karier nyanyiannya sempurna.

    Lebih membanggakan single yang dilancarkan dua tahun lalu iaitu Cinta Terakhir turut mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia iaitu Bemby Noor dan dirinya sendiri sebagai penulis lirik.

    Melihat sambutan baik terhadap karya yang dihasilkan, Aman muncul dengan single terbaharu bergenre pop Cuba yang dilancarkan pada 24 Februari lalu ciptaannya sendiri bersama Arif Peter, Kon, Jack Hafni dan Pown Hasril.

    “Lagu ini sudah disiapkan sejak November tahun lalu lagi. Lagu ini ‘easy listening’ dan ‘sweet song’ yang sesuai untuk mereka yang sedang bercinta.

    “Saya sengaja menghasilkan single yang simple tapi ‘sweet’ sebab mahu orang selesa mendengar dan mudah faham lirik yang nak disampaikan dalam lagu ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.

    Tambah Aman, dia tampil dengan lagu yang ringan berdasarkan kepada pemerhatian dalam pasaran muzik tempatan ketika ini.

    Menariknya juga, muzik video lagu Cuba telah dirakamkan di Korea serta turut menampilkan model dari sana. – Agensi

    Aman Nassim mencuba nasib sebagai penyanyi menerusi Cuba. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda