Friday, December 27, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelakon ‘Captain Marvel’ meninggal dunia selepas 5 tahun derita ALS

    Pelakon Kenneth Mitchell dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat komplikasi penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS).

    Berita pemergian pelakon filem Captain Marvel itu disahkan sendiri oleh isterinya iaitu Susan May Pratt menerusi Instagram miliknya.

    Memetik kenyataan mStar, Susan mendedahkan mendiang sudah lima tahun menderita ALS iaitu sejenis penyakit neurologi membabitkan otot sehingga menyebabkan dia suka bercakap, menelan dan bernafas.

    “Selama lima tahun setengah Ken (panggilan Kenneth) berdepan dengan penyakit ALS namun dia berjaya melalui dugaan ini dengan baik,” katanya kepada Daily UK.

    Kenneth sudah menderita penyakit ALS selama 5 tahun. – Agensi

    Untuk rekod, Kenneth, 49, didiagnos dengan penyakit ALS pada Ogos 2018 dan mula berkerusi roda Oktober 2019.

    Pelakon itu secara terbuka mengumumkan dia menderita penyakit saraf dalam satu temu bual pada Februari 2020 bersama majalah People.

    “Pada saat saya mendapat tahu tentang penyakit ini, saya merasakan seperti berlakon dalam filem sendiri.

    “Saya seperti berada dalam babak berdepan situasi disahkan menghidap penyakit kronik yang sekali gus mendatangkan rasa terkejut dan tidak percaya,” ujarnya.

    Kenneth sebelum ini pernah membintangi beberapa filem popular termasuk Star Trek dan Captain Marvell. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda