Monday, March 31, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelakon filem Taj Mahal, Manoj Bharathiraja meninggal dunia

    Pelakon yang terkenal menerusi filem Taj Mahal iaitu Manoj Bharathiraja meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Chetpet, Chenna.

    Berita duka itu disahkan pengurus kepada portal berita India yang memaklumkan Manoj baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung dan sedang dalam proses pemulihan di kediamannya namun mengalami serangan jantung petang semalam.

    “Manoj baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung dan sedang berehat di rumah. Namun, dia menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung, ia sesuatu yang amat mengejutkan.

    “Tarikh pengebumian dan upacara lain masih belum ditentukan,” kata pengurusnya.

    Berita kematian Manoj mengejutkan ramai pihak dan beberapa selebriti mengucapkan takziah dalam media sosial, menurut laporan BH Online.

    Antaranya, pelakon dan ahli politik, Khushbu Sundar yang terkejut mendengar berita pemergian Manoj.

    “Kehilangannya pada usia muda sangat menyakitkan. Beliau baru berusia 48 tahun. Semoga Tuhan memberikan kekuatan kepada ayahnya, Thiru dan keluarganya untuk menghadapi kehilangan yang amat perit ini. Awda akan dirindui, Manoj. Berehatlah dengan aman,” kata Khushbu di aplikasi X. – Agensi

    Pelakon terkenal Bollywood, Manoj Bharathiraja. – BH Online
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda