Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Pelakon legenda Itali meninggal dunia

    Pelakon legenda Itali, Gina Lollobrigida, yang juga nama besar dalam industri perfileman Eropah disahkan meninggal dunia di sebuah klinik.

    Mendiang menghembuskan nafas terakhir ketika mencecah usia 95 tahun dan pernah mendapat julukan sebagai ‘pelakon wanita paling cantik di dunia’.

    Antara filem yang dibintangi mendiang adalah Beat the Devil, The Hunchback of Notre Dame dan Crossed Swords.

    Lollobrigida atau lebih dikenali sebagai La Lollo mula memperlahankan rentak lakonan pada 1960 sebelum berkecimpung dalam arena politik dan fotografi. Pemergian mendiang turut mendapat perhatian Menteri Kebudayaan Itali, Gennaro Sangiuliano yang memuat naik ucapan takziahnya di Twitter.

    “Selamat tinggal kepada seorang diva layar perak yang memegang watak protagonis lebih setengah abad dalam sejarah pawagam di Itali. Pesonanya akan kekal abadi,” katanya. La Lollo dilahirkan pada 4 Julai 1927 dan banyak membintangi filem di Perancis dan Itali seperti The Wayward Wife and Bread, Love and Dreams. – Agensi

    Gina Lollobrigida yang pernah dinobatkan sebagai ‘Pelakon paling cantik di dunia’, telah meninggal dunia pada umurnya 95 tahun. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    Naubat sempurna dibuka semula

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Pembukaan semula Naubat...

    900 pesakit meninggal dunia akibat pemindahan perubatan lewat di Gaza

    GAZA, 17 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata...

    Hafiz Suip hilang doa ibu

    Penyanyi Hafiz Suip kehilangan bonda tercinta, iaitu Allahyarham Halizawati...

    Dick Cheney meninggal dunia pada usia 84 tahun

    WASHINGTON, 4 NOV – Dick Cheney, yang menjadi salah...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...