SYDNEY, 23 Jan – Seorang pelakon telah ditembak mati hari ini semasa sedang memfilemkan video muzik band Australia bercirikan senjata di sebuah kelab di bandar Brisbane, Australia, kata polis.
Penembakan lelaki yang berusia dalam 20-an, yang terkena di dadanya, dipercayai tidak sengaja namun polis berkata mereka telah melancarkan siasatan jenayah.
Semasa babak tersebut, beberapa pelakon telah menembakkan senjata mereka dan pelakon berkenaan bagaimanapun tidak semena-mena mendapat luka di dadanya, kata Inspektor Detektif Polis Queensland, Tom Armitt.
Masih belum jelas sama ada senjata itu diisikan dengan peluru hidup atau kosong, kata Armitt.
Kartrij kosong masih boleh mengakibatkan kecederaan jika ditembakkan pada jarak dekat.
“Saya tidak dapat beritahu anda sama ada ia senjata api sebenar atau peluru hidup,” Armitt memberitahu wartawan. – AP