Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelakon Parasite Lee Sun Kyun meninggal dunia

    Pelakon Lee Sun-kyun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Seoul, Korea Selatan pada pukul 10:30 pagi tadi.

    Perkara tersebut disahkan oleh pihak polis selepas mencari pelakon Parasite itu yang dilaporkan meninggalkan rumah dengan memo memberi bayangan ingin membunuh diri, kongsi mStar.

    Polis menemui mayat pemenang Oscar tersebut di tempat duduk penumpang bersama briket arang.

    Untuk info, Lee, 48, ketika ini sedang berdepan siasatan disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

    Lee sebelum ini telah melalui tiga kali siasatan polis kerana disyaki menggunakan ganja dan dadah lain di rumah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah bar mewah di daerah Gangnam di Seoul sejak awal tahun ini.

    Pelakon itu mendakwa dia ditipu oleh pemilik rumah untuk mengambil dadah dan tidak mengetahui akan perkara itu.

    Lee bagaimanapun diuji negatif dalam kedua-dua saringan yang dijalankan semasa siasatan polis. – Agensi

    Lee disahkan meninggal dunia, kelmarin. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda