Tuesday, April 8, 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelakon Rahim Jailani sakit jantung semasa tidur

    Pelakon Rahim Jailani dikejarkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung semasa berada di kampungnya di Negeri Sembilan.

    Menurut anaknya iaitu Muhamad Fadzlan Tasyriq, 25, bapanya terkena serangan jantung itu semasa sedang tidur.

    “Ayah masuk hospital pada Jumaat lalu kena serangan jantung dan paru-paru berair.

    “Ayah saya sebelum ini pernah kena serangan jantung dan ini serangan kedua, jadi jantung dia agak lemah,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Kata Tasyriq lagi, ini serangan jantung kali kedua dialami pelakon berusia 64 tahun ini.

    Malah, buat masa ini bapanya hanya bergantung kepada ubat-ubatan sebelum menerima rawatan lanjut.

    Namun dia bersyukur apabila bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan keluar dari hospital.

    “Saya juga tak dapat berkongsi lanjut kerana masih menunggu jawapan daripada doktor pakar sekiranya memerlukan rawatan lanjut.

    “Tapi buat masa ini ayah sudah stabil dan dibenarkan keluar hospital hari ini,” kongsinya.

    Sebelum itu, Tasyriq menerusi media sosial memuat naik foto memohon orang ramai mendoakan kesembuhan bapanya itu. – Agensi

    Rahim sangat terkenal dengan watak seorang bapa. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda