Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pelakon Squid Game berdepan hukuman penjara setahun

    Pihak pendakwa raya Korea Selatan meminta hukuman penjara selama setahun terhadap pelakon siri Squid Game iaitu Oh Young Soo atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita pada 2017.

    Menurut mStar, semasa perbicaraan terakhir pada 2 Februari lalu, Pejabat Pendakwa Daerah Suwon di daerah Seongnam memohon hukuman berkenaan selain menghalangnya daripada bekerja dengan golongan bawah umur.

    “Dia mengelak daripada tanggungjawab dan memberitahu mangsa seperti anaknya,” kata pendakwa raya.

    Permohonan itu susulan wanita berkenaan memfailkan aduan terhadap aktor berusia 79 tahun itu tiga tahun lalu sebelum pelakon berkenaan didakwa atas tuduhan salah laku seksual pada November 2022.

    Dakwa wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, Young Soo meraba dan mencium pipinya tanpa kerelaannya ketika menyertai sebuah persembahan jelajah.

    Sementara itu, Young Soo menafikan dakwaan dibuat terhadapnya dan menganggap kes itu sudah memusnahkan seluruh hidupnya.

    “Ia sangat menyakitkan dan sukar untuk saya berada dalam situasi pada usia sebegini. Sungguh menyedihkan jika sisa hayat saya berakhir dengan perkara menyedihkan,” katanya.

    Peguam pelakon itu bagaimanapun menegaskan cadangan hukuman berkenaan tidak berasas memandangkan terdapat kekurangan bukti selain kenyataan bercanggah mangsa.

    Kes tersebut ditetapkan untuk dibicarakan semula pada 15 Mac depan. – Agensi

    Young Soo didakwa atas tuduhan melakukan gangguan seksual. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...