Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelakon Star Wars masuk pusat rehabilitasi mental

    Jake Llyod antara pelakon kanak-kanak tercomel yang menjadi perhatian dunia menerusi lakonannya sebagai Anakin Skywalker dalam filem Star Wars: Episode 1- The Phantom Menace.

    Namun nasibnya kini sedikit berbeza, jika kebanyakan pelakon kanak-kanak lain mengecap kejayaan dan mencapai kemasyhuran serta kekayaan, Jake pula kini dikhabarkan mengalami masalah mental yang teruk.

    Menurut ibunya, Lisa Llyod, kini Jake berada di Pusat Rehabilitasi Mental dan sudah berada di dalam pusat tersebut selama 10 bulan yang mana dia masih ada baki lapan bulan untuk mendapatkan rawatan di situ.

    Kemasukannya ke pusat tersebut berikutan psychotic break yang dihadapinya.

    “Jake mula menghadapi masalah ketika berada di sekolah menengah. Dia mula bercerita tentang realiti dan dia tidak tahu untuk membezakan di antara realiti sebenar atau pun tidak. Saya sendiri tak tahu bagaimana untuk menerangkan tentang perkara tersebut,” kongsi Lisa lagi dengan lebih lanjut.

    Memetik laporan Media Hiburan, Lisa turut berkongsi bahawa doktor berpendapat mungkin anaknya itu mengalami gangguan bipolar tetapi rawatan itu nampaknya tidak pernah berkesan dan Jake sering enggan mengambil ubat.

    Akhirnya, bekas pelakon kanak-kanak berusia 35 tahun itu disahkan menghidap skizofrenia paranoid.

    “Apabila mereka akhirnya memberitahunya, ia benar-benar membuatkan Jake terjerumus dalam kemurungan yang lebih teruk. Keadaan itu sangat sukar,” ujar Lisa. – Agensi

    Jake disahkan menghidap skizofrenia paranoid. – Screenrant.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda