Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelakon utama drama baharu JTBC curi perhatian

    Drama baharu terbitan JTBC, Family by Choice, memperkenalkan gambar-gambar eksklusif tiga pelakon utama yang menonjolkan keakraban dan hubungan erat antara mereka.

    Memetik kenyataan Soompi, drama Family by Choice merupakan kisah percintaan yang mengisahkan tiga individu yang pernah tinggal bersama sebagai keluarga selama 10 tahun sebelum terpisah. Selepas 10 tahun hidup berasingan, mereka dipertemukan semula dan memulakan lembaran baru dalam hubungan mereka.

    Hwang In Youp memegang watak Kim San Ha, seorang lelaki yang kelihatan sempurna.

    Beliau membesar bersama Yoon Ju Won (lakonan Jung Chaeyeon) dan Kang Hae Jun (lakonan Bae Hyeon Seong) yang dianggap seperti adik-beradik, namun akhirnya meninggalkan mereka sebelum kembali selepas satu dekad.

    Gambar yang dikeluarkan oleh pihak produksi menampilkan momen keakraban yang dijalin antara tiga watak utama ini. Dari zaman kanak-kanak sehingga ke alam persekolahan, hubungan mesra mereka digambarkan melalui detik-detik yang penuh kehangatan. – Agensi

    In Youp, Chaeyeon dan Hyeon Seong tampil dalam suasana mesra dalam gambar promosi drama terbaharu. – Soompi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda