Pelakon veteran Datin Noor Azizah Azizul Hassan disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas kira-kira pukul 3 pagi Isnin.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Kampung Sungai Paloh, Ipoh, Perak pada usia 79 tahun.
Khabar duka itu disahkan oleh anaknya yang dikenali sebagai Khairena.
Allahyarham Noor Azizah memulakan kerjaya seninya pada 1965 menerusi filem Dayang Senandong.
Namun namanya mula dikenali ramai menerusi filem Enam Jahanam arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada tahun 1969.
Antara filem lakonannya yang lain adalah Jangan Tinggal Daku, Kembang Layu, Durjana, Di Belakang Tabir, Perintah Sri Paduka, Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh, Sayang Anakku Sayang, Cinta dan Lagu serta Pendekar.
Allahyarham juga melebarkan sayapnya ke luar negara dengan membintangi beberapa buah filem terbitan Indonesia iaitu Malin Kundang pada 1971 dan bergandingan dengan Rano Karno.
Selain turut pernah membintangi produksi lain menerusi drama bersiri Australia berjudul Bailey Bird. – Agensi
