Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelakon wanita dibelasah suami di tepi jalan

    Pelakon asal Taiwan iaitu Carol Wan menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas dibelasah teruk oleh suaminya baru-baru ini.

    Menerusi perkongsian mStar, kejadian berlaku di sebuah jalan di daerah Taipei selepas dia dan suaminya keluar makan malam bersama di sebuah restoran.

    Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lelaki berkenaan dilihat menendang Carol berulang kali selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

    Sementara Carol pula ketika itu menahan dan sakit sambil menangis akibat dipukul. Meskipun begitu, aktres berkenaan enggan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

    Dalam satu kenyataan Carol mengakui berlaku salah faham antara mereka memohon agar orang ramai menghormati privasi antara dia dan suami.

    “Pada hari itu kami terlebih dalam pengambilan alkohol dan menyebabkan pergaduhan menjadi lebih teruk. Kami saling bermaafan selepas tiba di rumah. Ia hanya salah faham dan konflik diselesaikan secara baik.

    “Saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Kami minta orang ramai menghormati privasi kami. Saya minta maaf kerana membuatkan ramai rasa tidak senang,” ujarnya. – Agensi

    Carol dibelasah suami sendiri selepas berlaku pertengkaran. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda