Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelaksanaan PKP tidak jejas persiapan atlet

    PUTRAJAYA, 3 MEI – Persiapan atlet negara Malaysia yang bakal beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini tidak akan terjejas sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, kata Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

    Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis dengan rakan industri dan rakan strategik pelaksana program Skim Perantisan Nasional (SPN) hari ini, Reezal Merican berkata beliau yakin kesemua atlet terlibat dapat menjalani program latihan dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard  (SOP) yang tinggi.

    “Saya tidak risau. Ini kerana mereka (atlet) sudah terbiasa dengan semua pendekatan antaranya latihan berasaskan kuarantin, ‘hybrid of quarantine’ dan ‘home based approach’,” katanya.

    Sehingga kini, Malaysia telah mengesahkan penyertaan ke temasya Sukan Olimpik Tokyo dalam sukan terjun, pelayaran, berbasikal trek, memanah dan gimnastik artistik. Menurut laporan media, Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan kepada kerajaan agar melaksanakan PKP 3.0 di negeri membabitkan kes COVID-19 tinggi bagi mengekang penularan wabak berkenaan.– Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda