KUCHING, 28 SEPT – Projek Naik Taraf Jalan Kuching-Serian (KSR) sepanjang 8.1km di antara Batu 10 (Km 16) dan Batu 15 (Km 24) di sini telah dilaksanakan dengan memuaskan setelah kesemua komponen projek itu berjaya disiapkan dalam tempoh yang dibenarkan. Menurut Siri Kedua Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 yang dibentangkan di Parlimen hari ini, walaupun