Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh beri kesan kepada industri eksport

    KUALA LUMPUR, 31 MEI – Pelaksanaan semula Sekatan Pergerakan Penuh dari 1 hingga 14 Jun depan akan memberi kesan kepada ekonomi kerana industri berorientasikan eksport juga akan mengalami tekanan, kata Ambank Research (Ambank).

    Ambank berkata ia susulan daripada sekatan dikenakan terhadap operasi dan/atau pengangkutan serta gangguan dalam rantaian bekalan domestik.

    Bagaimanapun, sektor itu dijangka pulih lebih pantas selepas tamat fasa sekatan itu berikutan permintaan global yang semakin meningkat kerana produk eksport dan rakan dagang utama Malaysia kekal kukuh dan jangkaan mengenai kadar vaksinasi tempatan yang lebih baik.

    Pada bulan April, pemulihan permintaan luaran secara berterusan dalam persekitaran kesan asas rendah telah mendorong pertumbuhan eksport bulanan terpantas sejak Mac, tahun 1998, meningkat 63.0 peratus tahun ke tahun.

    Import meningkat 24.4 peratus tahun ke tahun pada April manakala lebihan perdagangan berjumlah RM20.5 bilion, menjadikan pertumbuhan eksport tahun ini hingga 29.6 peratus, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda