Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pelaksanaan semula GST masih di peringkat kajian

    KUALA LUMPUR, 5 JUN – Keputusan sama ada kerajaan Malaysia akan melaksanakan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau tidak, masih di peringkat kajian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada sebarang peng-umuman daripada beliau bahawa kerajaan akan melaksanakan semula GST dalam masa terdekat, sebaliknya satu kajian dan pertimbangan termasuk kesan pelaksanaan semula sistem percukaian itu sedang dilakukan.

    Perdana Menteri turut menjelaskan apa yang paling penting adalah rakyat perlu difahamkan terlebih dahulu sekiranya kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sebarang sistem percukaian baharu.

    “Kita banyak pertimbangan lagi yang akan kita tengok. Adakah kesan daripada GST itu berlaku kenaikan harga, adakah waktunya sesuai sekarang ini ataupun akan datang, berapa tahun lagi.

    Jadi jangan risau, sampai masanya kita akan dedahkan, kita akan umumkan,” ujar beliau.

    GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus. GST kemudiannya digantung pada 1 Jun 2018 dan ak-hirnya dimansuhkan apabila ia digantikan dengan sistem SST bermula 1 September 2018. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...