Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pelaksanaan SST, tambang feri Labuan naik 6%

    LABUAN, 1 Mac – Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.

    Syarikat pengurusan tiket, Binabalu Sdn Bhd yang menyelia feri Galaxy dan Blue Ocean memaklumkan terdapat peningkatan enam peratus terhadap tambang sedia ada.

    “Susulan pendaftaran SST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kami akan mula mengenakan SST pada semua perkhidmatan pengangkutan air berkuat kuasa 1 Mac 2024,” menurut syarikat itu dalam kenyataan semalam.

    Sementara itu, Pengurus Labuan Point Enterprise, Robert Ling berkata syarikat pengurusan tiket untuk MV Joy Star, MV Kimanis 1, MV Putrajaya 1 dan MV Goodwill Star itu telah mengemukakan pendaftaran untuk pelaksanaan SST.

    “Bagaimanapun, kelulusan masih belum diperoleh. Justeru, tambang feri tidak berubah sehingga diberitahu kelak,” katanya.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa bersama delegasi ketika membuat tinjauan tapak cadangan pembinaan Jambatan Labuan dan melihat sendiri pembangunan infrastruktur serta fasiliti di terminal feri itu. – Bernama

    Pasa masa ini, tambang sehala bagi kenderaan sedan ialah RM40, manakala kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV), kabin tunggal/ganda dan semua kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan van dikenakan tiket berharga RM50. Motosikal bawah 250 cc pula ialah RM11, manakala 250 cc dan ke atas sebanyak RM30.

    Feri Putrajaya 1 mampu memuatkan hingga 85 kenderaan dan 500 penumpang pada satu-satu masa, Goodwill Star (85 kenderaan, 420 penumpang), Kimanis 1 dan Joy Star pula masing-masing dengan kapasiti 55 kenderaan dan 220 penumpang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...